-
What brings me here
Hello, ada benda pelik berlaku tahun ni. Tidak, ni bukan cerita mistik mahupun telur bistik. ok lapar. Buat pertama kalinya, hidup I takde kewujudan vision board. pelik tau pelik, i sejenis checklist girly, hidup kena ada vision untuk manifest. bila takde, rasa macam haa? apa kau nak buat ni shikin. 2026 i sebenarnya plan sesuatu yang agak diluar dek akal, dan taktahu bakal jadi atau tak, jadinya planning hidup macam pause sekejap. kalau tahun sebelum-sebelum ni, vision board planning ni aktiviti yang i dan kawan-kawan suka buat sama-sama. sebab gedik dan clingy haha. kitorang plan sama-sama, decide tema warna untuk aktiviti ni, i ajak kawan-kawan datang rumah, sediakan makanan, kawan-kawan…