What brings me here
Hello, ada benda pelik berlaku tahun ni. Tidak, ni bukan cerita mistik mahupun telur bistik. ok lapar.
Buat pertama kalinya, hidup I takde kewujudan vision board. pelik tau pelik, i sejenis checklist girly, hidup kena ada vision untuk manifest. bila takde, rasa macam haa? apa kau nak buat ni shikin. 2026 i sebenarnya plan sesuatu yang agak diluar dek akal, dan taktahu bakal jadi atau tak, jadinya planning hidup macam pause sekejap. kalau tahun sebelum-sebelum ni, vision board planning ni aktiviti yang i dan kawan-kawan suka buat sama-sama. sebab gedik dan clingy haha. kitorang plan sama-sama, decide tema warna untuk aktiviti ni, i ajak kawan-kawan datang rumah, sediakan makanan, kawan-kawan i bawak kek, dan tambahan makanan lain. nak tengok tak? cute ok setup kitorang. shout out to my friends B & D memang nama sebenar.


jadi i pun fikir punya fikir, i rasa nak tulis blog. ni satu je matlamat hidup i tahun ni. setelah sekian lama baru ada kerajinan nak buat blog, azam dah datang balik agaknya, lama azam pergi jalan-jalan. hihi.
maka kawan-kawan, tadaaaa terhasilnya byashikinsatar.com.
objektif utama i nak tulis blog adalah sebab nak menatap balik kisah kehidupan masa duduk Bangkok, masa travel, kisah suka dan duka. supaya i boleh tengok balik dan cakap kat cucu sedara (anak yaya, amani, minmin), ni la nenek dulu, nenek cool okay tahu blogging. time tu maybe instagram ke, tiktok ke semua tak wujud dah. at least, blog ni i punya sendiri ye dak tahun 2050 masih wujud lagi walaupun kena baca pakai spec rabun.
korang tak rasa ke macam zaman social media dan online interaction dah berlalu. ke i je rasa? kini masanya orang nak real connection ‘offline’, jumpa manusia, gelak pukul-pukul bahu sikit. i memang suka cuba hobi baru dan buat aktivit baru jadi sedikit sebanyak i nak share kat sini supaya korang terinspirasi untuk cari hobi baru dan jumpa connections baru. motto tahun follow your dreams and do what makes you happy! paling berharap blog ni kasi manfaat kat orang lain. aku nak masuk syurga jugak. lahh tiber.
with that i want to say, thank you for reading and welcome to my blog!